Pusat Penilaian APEL (PPA) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melaksanakan penilaian APEL.A Tahap 6 iaitu kemasukan ke peringkat Sarjana Muda dan APEL.A T7bagi kemasukan ke peringkat Sarjana (mod kerja kursus dan campuran sahaja). PPA UPNM berstatus terbuka dimana calon yang lulus penilaian APEL.A melalui PPA UPNM boleh melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan ke program yang dipohon.
Panel temuduga terdiri dari dua orang panel (pakar bidang dan pakar instrumen)
Berkisar pengalaman kerja dan persediaan untuk pengajian selanjutnya
SIJIL APEL.A
Sijil APEL.A akan dikeluarkan oleh pihak MQA dan tempoh sah laku sijil adalah selama 5 tahun. Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan.
Contohnya: Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT.