APEL.A

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Akses (Accreditation of Prior Experiential Learning for Access, APEL.A) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk kemasukan ke program pengajian dalam pelbagai peringkat di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Pusat Penilaian APEL UPNM telah mendapat Akreditasi penuh bagi penilaian APEL.A bagi dua (2) tahap kemasukan iaitu: 

  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7); dan

SYARAT KEMASUKAN APEL.A

PROGRAM DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA (TAHAP 6)

i. Warganegara MALAYSIA; dan bukan warganegara

ii. Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun permohonan dibuat dan mempunyai

pengalaman yang bersesuaian.

PROGRAM DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA (TAHAP 7) 

i. Warganegara MALAYSIA dan bukan warganegara;

ii. Berumur 30 tahun dan ke atas pada tahun permohonan dibuat;

iii. Memiliki kelayakan STPM/ Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya;

KOMPONEN PENILAIAN

APEL.A T6

APEL.A T7

UJIAN APTITUD

  • 40 soalan objektif  dan pecahan 10 soalan bagi setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis)
  • Tempoh menjawab adalah 2 jam
  • Lulus minimum 50% daripada keseluruhan soalan.

PORTFOLIO

  • Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam GGP APEL.A

UJIAN APTITUD

  • 75 soalan objektif dan 5 soalan struktur (bagi setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis)
  • Lulus minimum 50% daripada keseluruhan soalan.
  • Tempoh menjawab adalah 2 jam 30 minit
  • Tahap Kesukaran Ujian – Setara dengan tahun pertama Ijazah Sarjana Muda.

PORTFOLIO

  • Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam GGP APEL.A

TEMUDUGA

  • Berlangsung dalam tempoh 30 minit (bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa sesi temu duga berlangsung).
  • Berkisar kepada pengalaman bekerja dan bidang pengajian yang akan diikuti di institusi pengajian tinggi.