SOALAN LAZIM

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Permohonan dibuat secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/apel_a/

Buat masa ini, penilaian APEL.A di Malaysia adalah bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk ENAM peringkat kemasukan iaitu:

  • Kemasukan ke program peringkat Sijil (APEL T-3);
  • Kemasukan ke program peringkat Diploma (APEL T-4);
  • Kemasukan ke program peringkat Diploma Lanjutan (APEL T-5);
  • Kemasukan ke program peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);
  • Kemasukan ke program peringkat Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7) bagi mod Penyelidikan, Kerja Kursus dan Campuran; dan
  • Kemasukan ke program peringkat Kedoktoran (APEL T-8) bagi mod Penyelidikan, Kerja Kursus dan Campuran.

Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan.

Contohnya: Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT.

Secara umumnya, Sijil APEL.A boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT dalam mana-mana bidang yang ingin dimohon.

Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 7).

Bagi permohonan peringkat Kedoktoran (APEL T-8), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 8).

Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.

Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau secara separuh masa.

Bagi sijil APEL.A peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7) dan Kedoktoran (APEL T-8), mod penawaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Mod Kerja Kursus;
  • Mod Campuran; dan
  • Mod Penyelidikan

Secara umumnya, Sijil APEL.A boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT dalam mana-mana bidang yang ingin dimohon.

Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 7).

Bagi permohonan peringkat Kedoktoran (APEL T-8), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 8).

Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.

  • Tempoh proses penilaian APEL.A akan mengambil masa selama 2 hingga 4 bulan.
  • Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan APEL.A sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan.
* Catatan:
Walau bagaimanapun, sebarang tempoh penilaian APEL adalah bergantung kepada individu. Tempoh yang dinyatakan adalah bagi calon yang menduduki penilaian APEL tanpa ulangan. Sekiranya calon gagal dan perlu mengulang, tempoh penilaian akan lebih panjang.

Komponen Penilaian setiap tahap APEL.A boleh didapati di pautan seperti berikut:

Skop Ujian Aptitud, format penyediaan portfolio, format penyediaan Research Intent dan Temu duga boleh didapati di dalam Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Kemasukan (APEL.A) dan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu untuk Micro-Credentials (APEL.M) [(GGP: APEL.A dan APEL.M)] melalui pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/dokumen/GGP_2023.pdf

PPA adalah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A.

PPA dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  • PPA Terbuka; dan
  • PPA Dalaman

Maklumat lanjut beserta senarai terkini PPA boleh dirujuk di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/ApaItuPPA.cfm

Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik oleh system selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut.

Tempoh sah laku Sijil APEL.A adalah selama 5 TAHUN daripada tarikh makluman keputusan rasmi kepada calon oleh MQA. Sila rujuk pemakluman di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/img/Makluman/TempohSahLakuSijilAPEL.A.png

Calon hanya boleh mendaftar atau melanjutkan pengajian di PPT selepas lulus penilaian APEL.A daripada Pusat Penilaian APEL yang dilantik oleh MQA dan menerima keputusan rasmi daripada MQA.