APEL.C

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL.C) adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapat pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.

FUNGSI APEL.C:

1. Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;

2. Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;

3. Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi dan;

4. Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.

Anugerah Kredit


1. Pemberian kredit melalui APEL(C) adalah dalam bentuk pemindahan kredit di mana ia tidak melibatkan pemindahan gred. 


2. Peratusan maksimum pemindahan kredit melalui APEL(C) ialah 30% daripada kredit minimum tamat pengajian bagi program pengajian tertentu. 


3. Kredit yang diberikan mestilah setara dengan nilai kredit kursus yang dipohon untuk APEL(C). Pemberian kredit separa tidak akan dibenarkan.

 

4. Penilaian untuk pemberian kredit hendaklah dijalankan secara berasingan bagi setiap kursus.